Sunday, March 29, 2009

Kisah Seminggu

huhu. Baru tahu P1Wimax ada coverage dekat puchong. So, masa cuti tuh baba beli sebab senang nanti mama nak guna. Rumah saya dapat wifi tapi ikut timenye lah. Kadang laju, kadang tak dapat terus. Dulu baba guna celcom broadband. Tapi modem dia yang lama punya, bukan cucuk macam usb tuh.Beso gedabak. Tak muat dalam comp pattern baru. Laptop baba atas ni muatlah. Sekarang wimax tengah buat promotion besar-besaran & sambutannya pun agak menggalakkan. Dengar org ceritalah. Tapi memang best guna wimax ni. Laju wei. Maybe belum ramai guna lagi kot. Macam Stre**** dulu.huhu. EP, silalah mencontohi kelajuan wimax ok. Tidak perlu melampaui batas kuasa kuda (versi sarcastic).


Serba sedikit kisah seminggu saya . . .


Cuti seminggu kali ni saya tidak ke mana sangat. Banyak masa dihabiskan dirumah sebab cuti sekolah sudah habis. Cuti MMU memang tidak sama dengan cuti sekolah atau mana-mana IPTA. Tapi ada bagusnya saya rasa. At least, kalau hang out mane-mane takdelah ramai sangat orang.hihi. Hari sabtu lepas isha ajak lepak-lepak di Syed Bistro yang berdekatan dengan rumah saya. Isha ajak Athira sekali tapi dia belum balik dari Melaka. Cadangnya lepas lepak kat Syed nak pergi UM jumpa Farhana. Tapi macam tak bestlah pulak kalau tak cukup kuota. Before Asar saya dah balik ke rumah sebab Isha nak amik mak dia kat Shah Alam.


Malamnya, saya & family ke Kg.Baru sebab mama nak treat for dinner. So, malam tuh makan western di Stable Steak House. Oklah jugak makan kat situ. Service pun bagus and tempat pun agak selesa. Semuanya berunsurkan kuda. Maybe tauke kedai tuh ahli equestrian kot =p

Esoknya (ahad), Isha ajak saya ke KLCC sebab ada UK Fair dekat convention centre dia. Dia nak cari maklumat sikit before fly bulan 9 ni. So, Isha suruh saya ajak Athira sekali. Nasib baik budak ni dah ada kat rumah dia. Boleh pulak terlepas bus semalam. apelah dinosaurus ni..! Pukul 12.30 isha fetched saya & tira kat rumah dan kteorang terus ke Bukit Jalil. So, dari situ naik LRT ke KLCC. Sampai je kat sana, baru tahu bukan minggu tu dorang buat UK Fair but start 26hb. Cisdale betul. Isha silap info rupenya.huhu. Alang2 dah sampai sana, kteorang pun jalan-jalan & lunch dekat food court. Boleh pulak terjumpa beberapa student MMU kat sane. Haish. Tengah lunch tuh Osama Saddiq lalu sebelah kteorang. Dia tegur sikit-sikt, maybe segan kut sebab datang dengan family. Pape je budak ni.huhu.

KLCC bukanlah tempat yang menarik sangat bagi saya untuk hang out sebab barang kat situ agak mahal & ramai teenages yang kena hack jiwanya melepak disitu. So, kteorang decide pergi Sogo. Malangnya silap jalan pulak. Patutnya kami naik LRT ke Bandaraya. Tapi tersilap pergi ke Plaza Rakyat.hish. Malu2 ;P Dari Plaza Rakyat tuh, kami terus ke Bukit Jalil & balik ke rumah. Masing-masing dah kepenatan.

Malamnya, tira sms ajak pergi IOI Mall esoknya/Selasa sebab nak jalan-jalan kat new wing dia yang baru bukak. Jadinya, kteorang berdua pergi hari Selasa sebab penat Ahad tu belum hilang lagi.kununnya.hihi. Dalam pukul 11 pagi kami sudah keluar rumah but before that pergi sekolah kteorang dulu. Saya nak amik sijil SPM.huhu. Baru nak amik. Lepas settle hal tu, barulah kami ke IOI Mall. Oklah jugak new wing tuh tapi belum bukak sepenuhnya lagi. Next time pergi, semua dah complete kot. Harap2lah.

Hari Rabu pun keluar dgn Tira jugak. Kali ni bukan pergi bersuka-ria ok. Kami ada urusan dengan PTPTN di Damansara Heights. Keluar pukul 10.30pg dan balik semula 12.30tgh. Sekejap je, bukan lama mana pun urusan dia. Peramah betul orang-orang kat kaunter dia. Berbeza dengan wakil PTPTN yang selalu datang kat MMU. Macam ada masalah kulit muka yang tak boleh strecth je.

~ bunga yg mama suh saya snap masa cuti ~
Hari Sabtu adik ke Uniten sebab sekolah dia buat sukan disana. So, saya tak kemana-mana & just temankan mama pergi kenduri di rumah jiran. Petangnya, baba dah hantar balik ke Melaka sebab ahad Baba nak penang. mama & adik ikut sekali. Hish, jeles tol :( Itu jelah aktiviti luar saya cuti ni. Masa lebih banyak dihabiskan di rumah, lepak-lepak dengan Mama & main kucen. Assignment sudah menanti untuk disiapkan and midterm test pun sudah berdekatan dengan penjuru.huhu. Takut2. Banyak benda kena siapkan. Bye2 never say goodbye!

Selamat kembali ke MMU :)
p/s: 1 more episode to go!

2 comments:

suraya said...

ha'a
tinggal lagi satu episod boys over flower.tidak!!
hehehe.

syamimi azmira said...

Sabar sunbae. takkan lari ji hoo dikejar.UppSs...

oho.Sy dah hbs tgk. hepy ending but ttp sdey sbb pasni dah kurang pembakar semngt.

p/s: jgn lupe name saya.syamimi min ho. lee syamimi pun oklah =P