Monday, November 16, 2009

jalan yang buruk dan usang boleh kita turap kembali. Ya, itu jalan yang kau kembali lalui dan aku sedang melintasinya. Kita sama, berada di atas landasan yang punya destinasi yang satu. Jalan usang itulah menemukan kita, kau dan aku. Biar seusang mana kau harus ingat jalan itu punya maruah, impian dan yang penting sekali persahabatan. Setiap kelikir di sepanjang jalan usang itu penuh makna, kau laluilah dengan berhati-hati. Kau mungkin akan jatuh dan masa itu aku agak jauh untuk menghulurkan tangan tapi kau perlu ingat kekuatan itu bukan datang dari huluran yang diberi kerana kekuatan datang dari hati yang kental. (aku guna prinsip yakuza, berguna)

aku susah untuk beteman, berkawan apatah lagi bersahabat, tetapi dengan kau aku tewas. Tahniah kau telah menjadi salah satu daripadanya dan tidak perlu untuk aku isytiharkan istilah BFF itu sebab aku agak geli dengan ungkapan sebegitu seperti aku melihat kelakuan UEE. Apa-apa pun hanya kita yang tahu apa yang kita rasa. Tuhan menemukan kita mungkin bersebab, ya hikmah kata orang-orang diinstitusi. Dan perjarakkan ini perlu kita anggap ada hikmah yang besar. Biar jauh di mata, tetapi dekat di alam cyber ini. huhu

tiada hadiah yang dapat kukirimkan, hanya utusan demi utusan yang bakal aku perkhabarkan. Jaga diri baik-baik dan kembalilah ke jalan usang itu dengan semangat baru. bo go ship da kau selalu dan aku mahu kasi tahu yang aku semakin adore pada jeremy, rambut bawangnya mungkin (comellllll sannggaaattttt). Mr.Left aku bertambah hahahhaha

i will be your friend unconditionally..

2 comments:

Unknown said...

mata aku x bole lelap seawal 6 pagi. risau ni. aku tersenyum dan menitiskan air mata bahagia, ye bahagia, bukan gembira. beberapa lg komen yg sgt menyebakkan.

thanks syah. jom, kite bangun awal dan jalan same2 kt jalan usang dan buruk ni. bile kite rase letih penat, kite masih boleh berehat sekejap dgn kdrama/jdrama. :)

again, thanks a lot. dan aku maksudkan.

p/s: UEE buat eye surgery.

yes, unconditionally. :)

syamimi azmira said...

yeah for sure. kdrama/jdrama is part of our supplement. Enjoy your campus life :)

My pleasure dude!

p/s: ishh dah agak. Mana nak cari korean ade mata sebesar UEE haha

(",)