Tuesday, October 14, 2008

C-T-Res

Salam imtihan,

Sekarang baru ada masa sikit nak selesaikan tagged yang diamanahkan oleh si Pamie ni setelah pulang dari merempit di Siti Hasmah Digital Library yang sungguh digital dan luas ini [tak puas hati sebenarnya sebab tempat duduk sangat-sangat limited :( ]. Saya tak C-T-Res a.k.a stress sebenarnya. Yang stress tu semalam sebab tak dapat jumpa lecture. Lecture tu ada meeting kat Cyberjaya. So, tadi dengan semangat ala-ala Proton Waja pergilah jumpa lecture nak korek semana boleh dikorek lagi. Dalam perjalanan tu terjumpa Madam Nilofar yang ajar saya Islamic Legal History sem lepas. Madam cakap saya dah loose weight. Muka masa tu dah merah-merah udang yang kena BBQ. Hahaha...:D Apa lagi sepanjang jalan tersengih je kerja. Huhu....=p tak boleh dipuji langsung. So, dapatlah respon yang baik dari lecture. Alhamdulillah, rasa dah ada sikit confident nak jawab the next paper. Moga dipermudahkan segalanya. Biiznillah....:)

So, sekarang nak start agenda utama. Settlekan homework tagged mengetagged ni.

Dulu malas pakai name tagged,
Sekarang dah kena tagged.

-------------

Tersebutlah kisah al-Pelik Syamimi ; taiib...:D

1. Maleh mandi:

~ Sifat ni bukanlah sifat genetik. Tetapi suatu gen yang sedia ada sejak masuk ke alam Universiti ini. Symptomnya masih tak dapat nak dikenal pasti dan masih dalam kajian pelajar-pelajar Bio-Instrumentation (haha...Tak pasal2...). Tapi memang betullah saya malas sangat mandi. Suruhlah buat benda lain saya akan buat. Tapi mandi ni sangat-sangat alergik dan sudah dimansuhkan secara temporary dalam kamus hidup saya. (kalau permanently nanti susahlah pulak, tak pasal-pasal ada fanclub yang berspesis kambing). Saya selalu kena bebel dengan mama pasal mandi ni. Dan selalunya saya akan jawab: Tak payahlah mandi. Kesian Baba nak bayar bil letrik & air banyak-banyak tu. Haha... Dan kesimpulannya, Mama nak cari bomoh mandi untuk saya. Tahap kritikal betul. Huhu.... =p

2. Suka cabut rambut:

~ Habit ni saya ada since form 3. Masa tu tengah-tengah tension nak PMR. Sampai sekarang habit ni still ada dalam diri. Kalau sesiapa orang sekeliling saya buat jenayah, sudah tentunya si Syamimi ni masuk lokap dulu. Senang je nak detect DNA dia. So, bila dah cabut rambut, makanya akan berteraburla rambut-rambutku di dalam bilik dan bilik air. Setelah berkeadaan sebegitu, manusia yang bertanggungjawab mem'vacuum' rumah akan melancarkan peluru bebelan tanpa henti. Uwaa....Kena bebel lagi....:(( Selalu jugak mama ketuk tangan dengan remote control kalau saya tengok TV sambil cabut rambut. Berhenti kejap, pastu buat lagi. Tak lut...:D

~ Kereta impian ku :p ~

3. Malas amik lesen kereta ft. tak suka drive:

~ Tak tahulah kenapa maleh sangat nak drive ni dan tentu sekali tak amik lagi lesen kereta. Bawak kereta langgar kat depan Bukit Merah Laketown Resort tu saya sukalah :P. Entahlah. Sampai sekarang tak dapat lagi zouk bawak kereta ni. Dulu masa habis SPM, sekali lagi dipaksa oleh Mama saya belajar kereta kat tempat parking Masjid Terapung Puchong Perdana tu. Senang je rasanya bawak kereta. Tetapi, rasa boring tu datang secara tiba-tiba. Lantas membuatkan diriku mengelat untuk belajar kereta lagi. Bila Isha tanya, "ko ni bila nak belajar kete ey, kucen gemok?'. Lalu, mulut saya pun menjawab dengan lajunya, "tahun depan". Huhu...Alasan yang sama setiap kali Isha jumpa saya. :). Saya rasa benda ni pelik, sebab ramai remaja-remaji-ramaju-remajo-remaje sekarang yang excited sangat nak bawak kereta kalau dapat kunci ditangan. Tapi saya, sangatlah maleh untuk memandu. Menunggang kuda rajinlah kot. Huhu...Boleh tak jadikan kuda sebagai pengangkutan peribadi:-/ngehngehngeh....:D

~ Tolong jangan sabotaj saya dengan benda ni ~

4. Takut belon:

~ Ampun buk! Tolonglah jangan bagi saya benda mengelembung ni. Saya memang fobia menatang ni. Sebabnya, masa zaman Ribena dulu main tiup-tiup belon siapa lagi besar. So, saya pun kiranya nak menangla kan. Bila tiup dan tiup dan tiup lagi, tetibe belon saya meletop. Pomp!!! Macam tulah bunyi dia kot. So, mulut saya pun tersangatlah sakit jadinya. Huhu...:p sampai sekarang memang fobia. So, sesiapa yang nak buat surprise party untuk saya (ade ke...?) tolonglah jangan buat benda ni. Haish. ;p

~ Ni bukan Bus Tuah ok. Harap maklum ! ~

5. Suka naik bus sorang-sorang tapi suka naik kereta ramai-ramai:

~ Pelik tak??? Tak pelik. Haish...Cakaplah pelik :p Saya memang macam itu. Maksud naik bus sorang-sorang tu bukan saya sorang je dalam bus. Scarry wo kalau sensorang ni. Maksudnya disni, saya tak berapa gemar berteman menaiki bus a.k.a tidak ditemankan oleh mana-mana yang saya kenal. Saya memerlukan privacy. Tapi kalau ada certain occasion have to la kan. Reasonnya, saya suka berangan dalam bus. Tak percaya? Sukati lah. Saya suka sangat naik Bus Tuah sorang-sorang untuk pergi Jusco tapi dia lalu kat kawasan MITC. Penduduk Bear Hill tahulah kot kawasan ni. Yang tak tahu tu tak payahlah skema sangat. Keskeskes...:D Nanti saya ajarkan. Sambil dia pusing-pusing tu sempatlah berangan menang boling lawan dengan Isha lantas dia membelanja saya Snack Plate KFC. Ahaks!!! Amatlah mustahil sebenarnya. Tu sebablah dinamakan & diistilahkan sebagai berangan. Hoho...:D Nak naik kereta ramai-ramai sebab saya tak suka berangan dalam kereta. Tu je reasonnya. Maleh nak eloborate.


6. Tak gemarkan makanan Itali tetapi suka memasak:

~ Yang ni memang hakikat semulajadi insan yang bernama Syamimi a.k.a Mimi a.k.a Syam a.k.a Meemo a.k.a kakak a.k.a kucen gemok. Tu gelaran yang saya ada buat masa sekarang. Peringatan: Tolong jangan panggil saya Azmira sebab kemungkinan besar saya takkan menyahut. Geli weh. Lain macam je. Tak serasi kot nama tu. Siti pun jangan. Mahu aku lempang manja-manja kat korang nanti. Saya memang tak suka makanan Itali. Kalau yang ori punya memang tasteless la. Pelik macam mana orang boleh telan. Pizza memang saya tak makan sejak akhir-akhir ni. Keluarlah apa jenis Pizza sekalipun saya takkan layan. Pizza yuppie tu sedaplah jugak :p heheh...Spaghetti pun dependslah. Kalau yang sedap, tak masam sangat saya boleh layan. Saya suka masak Italian food ni. And, kalau tak tahu, saya belajar buat. Sekarang ni tengah mencuba Carbonara Spaghetti. Tapi, saya tak suka makan. Macaronni pun macam tu jugak. So, sesiapa yang nak belanja saya makan janganlah ajak pergi Pizza Hut dan sewaktu dengannya. (perasan:P)

~ The One ~

7. Saya tak suka pakai Handphone walaupun gadget lovers:

~ Memang betul ye kawan-kawanku. Tiada penipuan disini. Harap maklum. Saya memang maleh nak berhandphone-handphone ini. Tak tahu kenapa. Dulu masa zaman sekolah excited tengok orang pakai Hp. Tapi since form 5 cintaku pada Hp dah lenyap. Tapi tak clash lagilah sebab nanti susah nak contact orang. Takkan nak angkut public phone tu masuk lecture hall and bilik saya kan. So, sekarang i'm just using my mom old Hp. Tengok, mama pun dah updated tak pakai Hp tu lagi. Hp tu bernama Sony Ericsson yang saya pun tak tahu sirinya. Flip flop type, that just has two functions. Messaging and calling. No camera. Dulu saya pakai Nokia 3120, present my parents for the PMR resultku yang cikai mikai. But, sekarang Hp tu terkena sawan tenuk so dimasukkan dalam kuarantin supaya tak berjangkit dengan Hp seisi rumah. Dan Alhamdulillah ianya sudah pulih sedia kala. Tapi maleh dah nak pakai Hp tu. Just masukkan dalam Muzium Syamimi yang terletak di Puchong. Just pakai Mama punya Hp yang merupakan hadiah dari Baba sempena birthday Mama yang entah ke berapa (menunjukkan lamanya riwayat hidup Hp Sony tu :D). Pencilok gak saya ni. Huhu...Sekali-sekala. Harta mama, kemana lagi jatuhnya kalau tak ke anak. Tidak begitu? =p

~ Walaupun saya bukanlah penggemar Hp tetapi saya merupakan gadget lovers. Untuk tidak nampak kolot sangat dari segi penggunaan cellular telephone ni, makanya kalau ada rezeki lebih dan kepada sesiapa yang berminat untuk membuat amal jariah sempena musim-musim imtihan ini, bolehlah menyedekahkan saya sebuah PDA. Ha, yang ini barulah saya suka ;p. So nanti, senang hatilah saya untuk calling and messaging and saving my list to do and updating my blog via the PDA. Hehe....:D Saya tak suka gadget yang multifunction sebabnya ia akan menjadi limited. Contohnya, Hp yang ada camera. The megapixels just limted to 2 or 3.2 or just 5. Mana cukup weh. :p Tak jelas gambar. Bila tak jelas tak syok tengok. Bila tak syok tengok, maleh nak upload dalam fs or blog. Tak gitu? SO, for me; camera is camera. Hp is hp, PS is PS, Zuma is Zuma, Xbox is Xbox, MacBook is MacBook and Mp3 is Mp3 Shuffle. Haha....:D apa aku ngarut nih...??? =p

-----------------

Itu jelah rasanya sifat pelik al-Syamimi ni. Ada lagi, tapi nak keep it secret in my lecture note. Sebenarnya, saya dah catit dulu dalam lecture note masa study kat library. Tak nak cerita banyak-banyak. Nanti, korang kata aku ni alien la pulak. Alien kat MITC. Jom tengok reramai lepas exam ni. Nak promote Melaka. Manalah tahu boleh dapat Dato'. (Cubit-cubit manja ;p) They're not in Emerald Park okies! :D So, sekarang ni just elaborate je ler. Maleh nak buat sampai 15. Kalau saya terjumpa lagi sifat pelik asSyamimi ni saya inform later. Tu pun kalau rajin. :P Maleh nak tagged sesiapa. Siapa nak buat amatlah dialu-alukan.


Semalam dan minggu lepas merupakan antara hari yang tension dalam hidup saya. Risau memikirkan exam + orang depan yang sangat bising + periuk nasi yang tak basuh lagi + susah nak jumpa lecture + orang bawah rumah yang asyik pasang lagu Tamil + Shah Rukh Khan dapat Dato' + stok makanan yang dah habis + anak kucing saya mati + insomnia + bila nak tidur nampak orang depan bilik saya study sampai azan Subuh + pekerja dekat D'Puteh yang lembap hantar makanan dan amik order + asyik lapar + burger makcik bawah Ixora banyak sangat bawang = rasa macam nak overnight semalam kat Mahkota Hotel Bandar Melaka. Dah survey kat internet harga dia. Reasonable. Nak bawak note dan nota study kat sana. Tapi, bila teringat balik kisah Furqan dalam Ketika CInta Bertasbih yang d'icemar'kan oleh agen Israel semasa beliau membuat thesis di salah sebuah hotel terkemuka di Kaherah (kalau x silap) terkubur terus keinginan tu. Mungkin ada hikmah. So, saya hadapinya dengan penuh kesabaran. Dan Alhamdulillah, saya rasa saya sudah berjaya mengatasinya. Syukur dan syukur. ( bukan cerita Syukur 21 ye! )

Apa yang membuatkan saya rasa dapat atasi problemo itu ialah apabila teringatkan ayat yang dikongsikan oleh Kak Kamilah semasa usrah Muslimah BDT. It's just pop-up into my mind. So sudden. Thanks Allah !!! Kak Kamilah bertanggungjawab untuk bentangkan Surah al-Insyirah masa tu. Saya ingat lagi sebab lepas tu saya kena bentangkan Surah al-A'la. Ianya tertakluk kepada favourite surah masing-masing. Tapi saya tak sempat membentangkan secara keseluruhan. Time limited. Mama pun selalu amalkan surah ni esp kalau anak-anak dia ada exam. Pendek je tetapi bermakna. :) Moh kita amalkan reramai!!!

Ertinya: Bukankah kami(Allah) telah melapangkan dadamu(ya Muhammad), Dan telah kami ringankan bebanmu yang berat,
Yang memberati punggungmu,

Dan Kami tinggikan(muliakan) namamu,
Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Apabila engkau telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain),
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.

* Caranya:
* Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan
* Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada

~ 1.50 a.m~

2 comments:

apai said...

heheheh
syiok jugak bc coret2an di sini
:)

syamimi azmira said...

hehe (^-^)

thanks!!! Biasa2 je....:D