Monday, October 13, 2008

Nak Update Kejap Walaupun Busy

In The Name Of Allah Most Gracious, Most Merciful

This is kind an important issue that happened in our country. Let see the result... Later we will talk more about it. I'm packed of last minute revision, so it is just a copy paste entry from Berita Harian.

Bahagian Pendakwaan BPR kaji tindakan

KUALA LUMPUR: Semua kes yang dibangkitkan Suruhanjaya Diraja berkaitan klip video mengandungi perbualan seorang peguam dengan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim sudah selesai disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata kertas siasatan kes yang mempunyai kaitan langsung dengan peguam Datuk VK Lingam, terutama berkaitan hubungan dan kegiatannya dengan pihak tertentu itu sudah lengkap.

"Kertas siasatan sudah diserahkan ke Bahagian Pendakwaan BPR untuk kajian lanjut. Semua keterangan saksi dan pihak yang berkaitan serta dokumen untuk menyokong kes berkenaan juga sudah lengkap," katanya kepada Berita Harian.

Laporan Suruhanjaya Diraja itu, yang diumumkan sebelum ini antara lain mencadangkan BPR menyiasat khususnya mengenai percutian antara bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin dan Lingam bersama keluarga masing-masing ke New Zealand pada 1994.

Suruhanjaya itu turut mencadangkan BPR menyiasat beberapa hakim yang dikatakan pernah menerima hadiah daripada Lingam serta hubungan baiknya dengan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah.

Berikutan itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan BPR memulakan siasatan terhadap beberapa individu seperti dicadangkan Suruhanjaya Diraja berkenaan.

Sebelum itu, Kabinet mengarahkan siasatan serta-merta dibuat berhubung segala tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Diraja itu.

Mereka ialah Lingam; bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan; bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Mohd Eusoff serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Shukri berkata, walaupun tugas pihaknya selesai setakat ini, siasatan lanjut akan dibuat jika bahagian pendakwaan mendapati masih perlu beberapa maklumat tambahan bagi menghasilkan kertas siasatan lebih kukuh.

"Kedudukan kes ini akan ditentukan bahagian pendakwaan," katanya.

Mengenai kes salah pengurusan kewangan dan dana awam yang didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2007, Shukri berkata, siasatan kes itu kini pada peringkat akhir.

"Kami mendapat kerjasama semua pihak terbabit untuk mengumpul keterangan dan dokumen yang diperlukan berkaitan salah pengurusan dana awam," katanya.

Laporan Ketua Audit yang dibentangkan 29 Ogos lalu mendedahkan wujud kelemahan di beberapa kementerian dan agensi kerajaan.

-----------------

Hopefully the investigation will run smoothly without outsiders influence esp. the BPR the one who are responsible to investigate all the related document. I know and assumed that it is quite hard and complicated to settle down this kind of problematic issue because it involved such as well-known people and important men in M'sia, but i hope they are judge according to our truth justicia and not based on their 'power'.

~ 7.15 a.m ~

No comments: