Saturday, September 19, 2009

Resensi

double update for today!!!

"Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini mengatasi Alexander The Great!"

Selesai sudah pembacaan novel Sultan Muhammad al-Fateh (penakluk Konstantinopel) yang saya mulakan dipertengahan Ramadhan dan dihabiskan pada hari terakhir puasa. Saya selitkan sedikit hari-hari terakhir Ramadhan yang dilalui dengan 'kembara' di Istanbul sekitar 1432-1481.

Istanbul yang bermaksud 'Islam keseluruhannya' mendapat nama setelah tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Muhammad berjaya menakluk kota Kontstantinopel daripada pemerintahan Maharaja Konstantine pada hari selasa 29 Mei 1453. Kota yang menjadi kebanggaan Rom kerana kedudukannya yang strategik iaitu antara Asia dan Eropah pernah cuba ditawan oleh Saidina Ali ketika zaman Khulafak al-Rasyidin selain daripada Muawiyah, Sultan Sulaiman Abdul Malik, Harun al-Rasyid dan terakhir Sultan Murad iaitu ayahanda Sultan Muhammad tetapi malangnya masing-masing menemui kegagalan.


Sabda Nabi Muhammad s.a.w, "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik". Setelah beratus tahun dan pelbagai cubaan yang dilakukan untuk menawan kota yang digambarkan seperti ibu negara jika dunia ini negaranya, barulah ianya menjadi kenyataan apabila Sultan Muhammad berjaya menawannya dalam masa lebih kurang 52 hari.

Selepas berjaya menakluk Istanbul, Sultan Muhammad meluaskan pemerintahan kerajaan Usmaniyah melebihi 40 negara di Eropah Timur. Sehingga sekarang kita boleh lihat beberapa negara di Eropah sedikit sebanyak mendapat sentuhan Islam dari segi binaan bangunan, buku-buku yang dijadikan sumber rujukan dan sebagainya. Kerana itu Sultan Muhammad digelar al-Fateh yang bermaksud Sang Penakluk iaitu atas kejayaannya menyebarkan Islam secara meluas.

Kesimpulannya, bagi sesiapa yang tercari-cari sumber sejarah Turki yang gemilang sebelum dicabul oleh Mustafa Kamal Attartuk, saya syorkan novel ini menjadi antara basic reading sebelum 'menggali' Turki dengan lebih mendalam. Dan lebih menarik jika disenaraikan Turki menjadi salah satu places to visit.

5.12pm
Malaysia.

No comments: